Pencarian

Tuesday, January 26, 2010

Nota Bab 1 (Tingkatan 2)

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

  1. Faktor reka bentuk
    1. Fungsi
      • berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna
    2. Rupa Bentuk
      • mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya
    3. Kesesuaian Bahan
      • menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar
    4. Ketahanan
      • Kukuh
      • Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
      • Tidak mudah rosak
    5. Kos Produk
      • Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna
    6. Keselamatan
      • Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar
    7. Nilai Komersial
      • Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran
  2. Jenis bahan
    1. Aluminium
      1. Dihasilkan daripada bauksit
      2. Ciri-ciri
        • Pengalir elektrik yang baik selepas tembaga
        • Pengalis haba yang baik
        • Ringan dan mudah dibentuk
        • Mudah dipotong
        • berkilat
      3. Kegunaan
        • Membina badan kapal terbang
        • membuat kabel elektrik voltan tinggi
        • membuat tin minuman dan pekakas dapur
    2. Keluli Lembut
      1. terhasil daripada campuran besi dan karbon
      2. Ciri-ciri :
        • Sejenis logam ferus (mengandungi besi)
        • Mudah dibentuk dan dikerjakan
        • Boleh dibengkokkan
        • Mudah bekarat
      3. kegunaan :
        • Membuat paku
        • Membuat pagar dan gril
    3. Perspek
      1. Sejenis plastik keras dan berkilat
      2. Ciri-ciri
        • Tahan lama dan tidak mudah musnah
        • Mudah terbakar
        • Mudah pecah dan tergores
        • Ringan dan ada yang lutsinar
        • Permukaan rata dan licin
      3. kegunaan
        • Membuat bekas air
        • Membuat plat nombor dan papan kenyataan
        • Membuat menutup model
        • Membuat prototaip
    4. PVC (Polivinil klorida)
      1. Ciri-Ciri
        • Terdapat dalam bentuk paip
        • Ringan mudah pecah
        • Tidak tahan panas dan mudah terbakar
        • Tahan lama
      2. Kegunaan
        • Membuat paip dan sambungan paip
    5. Jenis Pengikat
      1. Ribet
        1. Riveter
          • Digunakan untuk memasamg ribet pada kepingan logam dan kayu.
      2. Glu panas
        1. Mesin Glu Panas
          • Digunakan untuk memanaskan rod glu.
      3. Staple
        1. Staple Gun
    6. Alatan tangan dan mesin
      1. Mesin Gergaji jig
        • Digunakan untuk memotong papan dan kayu nipis, papan lapis, jubin , kepingan logam nipis.
        • Digunakan juga untuk memotong lengkung
      2. Mesin pemutar skru tanpa wayar (Cordless screwdriver)
        • Digunakan untuk memasang dan melonggarkan skru
      3. Mesin pengelas (Sander)
        • Digunakan untuk melicinkan dan meratakan permukaan kayu
    7. Proses kerja
      1. Rekakan beberapa bentuk projek


        Pilih satu rekabentuk terbaik

      2. Membuat lakaran kerja dan kertas projek yang dipilih
      3. Mengukur dan menanda
        • Mengukur dan menanda panjang

        • Mengukur dan menanda lebar
        • Mengukur dan menanda tebal
      4. Memotong
        • Membelah


          Membelah kayu dengan gergaji tangan

        • Mengerat


          Mengerat dengan gergaji

      5. Membentuk dan mencantum
        • Menentukan jenis tanggam yang akan digunakan
        • Mengukur dan memotong tanggam
        • Memasang tanggam


          Memaku adalah sebahagian proses mencantum

    8. Kemasan projek


      Pilih kemasan sapu cat ,lekar atau syelek

      • Pilih Jenis kemasan yang paling sesuai

        i. Cat Sembur (Spray) ii. Tona Kayu iii. Turpentine iv. Tepung Penyumbat v. Syelek vi. Cat Kilat

        Kenali jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai

      • Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan
      • Gunakan Kaedah kemasan yang betul


        Kemasan menggunakan cat sembur

Mari selawat

Saturday, January 23, 2010

Cadangan

Guru-guru yang ingin memberi cadangan terhadap penambahbaikan laman blog ini bolehlah memberi cadangan..
cadangan anda amat dialu-alukan..

Takziah....

Ucapan Takziah kepada keluarga diRaja Johor sempena kemangkatan KeBawah duli Tuanku Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 7.15 malam 22 Januari 2010. Semoga Roh Almarhum Tuanku ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.... Al-Fatihah.....

Friday, January 22, 2010

Tahniah

Ucapan Tahniah Kepada Pn. Zaiton Masri yang dilantik sebagai GKM baru bidang Teknik dan Vokasional....

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh....

Selamat datang ke laman blog Panitia KHB SMK Skudai, Johor Bahru.