Pencarian

Wednesday, May 12, 2010

Masakan (Teras tingkatan 2)

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

MASAKAN

  1. Perancangan Menu
    1. Maksud
      • satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian
    2. Tujuan merancang menu
      1. Menyediakan sajian yang diperlukan
      2. Menjimatkan masa, tenaga dan bahan
      3. Menyediakan sajian yang enak, menarik dan berkhasiat
      4. Menyediakan sajian yang menepati anggaran belanjawan
    3. Faktor penentu Menu
      1. Tujuan sajian - tentukan majlis formal atau tidak formal
      2. Kegemaran - tentukan jenis menu yang digemari atau yang dipesan. Kenal pasti pelanggan
      3. Kepelbagaian - hidangan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan , warna dan rasa.
      4. Kemudahan fizikal - bergantung kepada peralatan dan kemudahan yang ada
      5. Keperluan - bergantung kepada keperluan , keadaan fizikal dan kesihatan tetamu
      6. Sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dirancang
      7. Bilangan tetamu - bilangan tetamu harus diketahui lebih awal mengelakkan makanan yang tidak mencukupi atau mengelakkan pembaziran
      8. Perbelanjaan - Menu mestilah berdasarkan peruntukkan yang ditentukan
      9. Sumber makanan - boleh didapati dengan mudah , segar dan berkualiti

      Cara memasak dan menyediakan makanan

      Masak Tanpa Minyak Masak dengan sedikit minyak Masak dengan banyak minyak

      Mengukus
      Menggril
      Membakar

      Menggoreng dengan sedikit minyak

      Menggoreng

  2. Menyedia dan Penyajian Hidangan
    1. Hidangan sepinggan lengkap
      1. Maksud
        Hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh
      2. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap
        1. Mudah
        2. Ringkas
        3. Berkhasiat
        4. Cepat disediakan

      3. Contoh hidangan sepinggan lengkap
        1. Bihun goreng
        2. Nasi goreng
        3. Kuetiau goreng
        4. Burger
        5. Pizza
        6. Sandwich
        7. Kebab
        8. Nasi kerabu
        9. Lontong
        10. Bubur nasi
        11. Roti canai dengan kuah dal
    2. Alatan dan kelengkapan dapur

      Alatan Menyedia


      Landas cincang

      Camca besar

      Mangkuk adunan

      Pisau sayur

      Jag Penyukat

      Pisau daging

      Pisau roti

      Alatan Memasak


      Periuk

      Dapur gas

      Kuali

      Periuk

      Pan Penggoreng

      Periuk Nasi Elektrik

      Pengukus

      Alatan Menyaji / menghidang


      Mangkuk telur

      Camca

      Teko teh

      Garpu

      Cawan dan piring

      Pisau mentega

      Sudip

      1. Dapur yang baik haruslah
        1. Mempunyai ruang kerja yang selesa untuk bergerak dan meletakan alatan dan bahan
        2. Mengandungi alatan penjimat masa seperti pengisar, ketuhar dan lain-lain
        3. Mengandungi alatan makanan seperti pinggan, camca, garpu, cawan dan sebagainya
        4. Terdapat alatan pembersih dan kain pembersih
        5. Meja kerja dan alatan yang bersih
        6. Mengandungi peranggu meja yang bersesuaian dengan jenis sajian


        Dapur mestilah kemas dan bersih

    3. Penyediaan Makanan
      1. Sediakan semua alatan dan bahan yang diperlukan
      2. Bersihkan bahan mentah yang perlu
      3. Gunakan alat penjimat masa
      4. Gunakan masa dan tenaga sebaik-baiknya
      5. Berjimat ketika menggunakan bahan masakan dan bahan api
      6. Aturkan meja kerja dengan menggunakan bekas-bekas yang sesuai
      7. Jangan sepahkan bahan-bahan di atas meja
      8. Gunakan alatan yang betul dengan cara yang betul dan cermat
      9. Pastikan setiap masakan cukup rasa dan menepati cita rasa
      10. Tetapkan masa untuk menyediakan masakan

      Alat Penjimat Masa


      Ketuhar

      Pengisar

    4. Menghias dan menyajikan makanan


      Hidangan ala barat

    5. Membuat pengiraan kos


      Pengiraan Kos Untuk Nasi Goreng
      A. Pengiraan Kos Bahan

      Bahan Kuantiti Kos seunit
      (RM)
      Harga
      1 Bahan kering
      Bawang Merah
      2 ulas
      2 Bawang putih 1 ulas
      3 Udang kering 2 Camb.
      4 Kicap Secukup rasa
      5 Minyak masak 2 Camb.
      6 Garam mengikut rasa
      7 Serbuk lada sulah Mengikut rasa
      8 Bahan basah
      Nasi
      2 cawan
      9 Kacang panjang 4 batang
      10 Lobak Merah 1/2 batang
      11 Daun bawang 2 helai
      12 Cili Merah 1 biji
      13 Timun 3 hiris
      JUMLAH

      B. Pengiraan Kos Upah

      Bilangan pekerja x Masa x Kadar upah sejam
      = 1 orang x 1/2 jam x RM3.00

      = RM1.50
      C. Pengiraan Kos Overhead

      i Air RM0.20
      ii Gas RM0.40
      Jumlah RM0.60

      Jumlah Keseluruhan Kos
      Kos bahan + Kos Upah + Kos Overhead
      RM XX.XX + RM1.50 + RM0.60 = ............

      Pelajar digalakkan memasukan angaran kos berdasarkan harga semasa dan jumlahkan.

    6. Sanitasi sebelum, semasa dan selepas menyedia dan memasak makanan
      Sebelum Semasa Selepas
      • Utama kebersihan diri
      • Dapur hendaklah kelihatan bersih dan kemas
    7. Muka dan tangan mestilah kelihatan bersih
    8. Rambut kemas atau diikat
    9. Ambil makanan dengan penyepit, sudu atau garpu
    10. Gunakan kain bersih untuk mengelap
    11. Semua alatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dikeringkan
    12. Simpan ditempat yang sesuai
    13. Rebus kain dapur dan basuh dengan pembasmi kuman bila perlu
    14. Sisa makanan hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang
  3. Etika Makan
    1. Maksud etika Makan
      Adab dan sopan semasa makan
    2. Beberapa etika Makan
      1. Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki
      2. jangan menundukkan badan dan meletakkan siku di atas meja
      3. Duduk bersimpuh atau bersila jika makan di bawah
      4. Tunggu semua orang hadir
      5. Jemput tetamu atau orang yang lebih tua makan dahulu
      6. Ambil makanan yang paling hampir dahulu
      7. Minta orang yang berdekatan dengan makanan untuk menghulurkan makanan
      8. Kunyah makanan dengan perlahan
      9. Jangan minum minuman dalam keadaan panas
      10. Kumpulkan sisa makanan dihujung pinggan atau dalam piring
      11. Gunakan kutleri dengan senyap dan betul

        Kutleri
      12. Minta izin dahulu jika ingin meninggalkan tempat makan
      13. Jangan mencungkil gigi dihadapan orang lain

      Peranggu Meja

      Peranggu meja ialah susun atur meja hidangan

      Adab Makan


      Orang Melayu dan India
      terkenal dengan makan bersila

      Orang Inggeris
      terkenal dengan makan dimeja

No comments:

Post a Comment